Sistem Anjung SKPG
Sistem Anjung SKPG merupakan aplikasi web yang dibangunkan dan direka bentuk khusus sebagai platform perkongsian maklumat dan dokumen berkaitan Kajian Pengesanan Graduan bagi kegunaan pentadbir di IPT/ILKA. Aplikasi ini turut mempunyai paparan data bagi perkongsian di antara KPT dan institusi di samping membantu dalam proses pengumpulan data serta penghasilan laporan dan analisis. Memaparkan beberapa dapatan terpilih hasil Kajian Pengesanan Graduan bagi IPT/ILKA masing-masing. Di antara maklumat yang dipaparkan ialah; maklumat keluaran graduan kadar respons status pekerjaan maklumat pekerjaan Semakan maklumat tersebut dapat dibuat secara pantas dan berdasarkan masa nyata (real-time) bagi kajian tahun semasa.
Tujuan Utama Sistem Anjung SKPG
Memaparkan beberapa dapatan terpilih hasil Kajian Pengesanan Graduan bagi IPT/ILKA masing-masing. Di antara maklumat yang dipaparkan ialah; maklumat keluaran graduan kadar respons status pekerjaan maklumat pekerjaan Semakan maklumat tersebut dapat dibuat secara pantas dan berdasarkan masa sebenar (real time).
Latar Belakang Kajian Pengesanan Graduan
Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Kementerian Pendidikan Tinggi mula dijalankan pada tahun 2006 bagi mengetahui status pekerjaan graduan sama ada bekerja, melanjutkan pengajian atau sedang mencari pekerjaan Kajian ini dijalankan secara atas talian melibatkan semua graduan UA, IPTS, dan ILKA dari peringkat pengajian sijil sehingga Doktor Falsafah Maklumat pengajian graduan dibekalkan oleh IPT dan maklumat lain diperoleh daripada maklum balas graduan semasa melengkapkan kaji selidik. Status dan maklumat pekerjaan graduan hanya sah dalam tempoh kajian ini dijalankan.
Metodologi Kajian
Kaji selidik ini dijalankan secara atas talian dan boleh dicapai melalui pautan https://great.mohe.gov.my Maklumat pengajian bagi graduan yang layak menghadiri konvokesyen pada tahun kajian akan dibekalkan oleh IPT masing-masing sebelum sistem dibuka kepada para graduan. Sistem kajian pengesanan graduan dibuka untuk kepada para graduan sekurang-kurangnya menjawab sekitar tiga (3) minggu sebelum tarikh konvokesyen dan ditutup mengikut cut-off date pelaporan rasmi (minggu keempat Februari). Pelaporan SKPG dibuat secara tahunan dan diedarkan kepada semua UA,IPTS dan ILKA.
Penglibatan IPT/ILKA
UA Universiti Awam (UA) : 2006 hingga terkini sebanyak 21 buah. IPTS Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) : 2006 hingga terkini sebanyak 448 buah. ILKAInstitusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) : 2006 hingga terkini sebanyak 598 buah. IPT Lain IPT Lain : 2006 hingga terkini sebanyak 5 buah.
LOG MASUK : https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/LogMasuk.aspx