DIRECTOR'S MESSAGE

DR. NOR FAIZAH BINTI BAWADI
Director
Centre for Graduate Employability & Entrepreneurship (CGEE)
Perutusan Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan (CGEE)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan sukacitanya saya mengalu-alukan anda ke Pusat Kebolehpasaran Graduan & Keusahawanan (CGEE). Selaras dengan misi Universiti Malaysia Perlis untuk melahirkan graduan holistik, berdaya keusahawanan dan seimbang, CGEE memainkan peranan penting dalam mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran pasaran kerja yang sentiasa berubah serta menginspirasi mereka untuk menjadi pencipta pekerjaan, bukan sekadar pencari pekerjaan.
Pusat ini komited untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan melalui inisiatif strategik, kolaborasi bersama industri serta pelaksanaan program pembangunan kerjaya yang berimpak tinggi. Pada masa yang sama, kami menekankan pembudayaan minda keusahawanan, inovasi, dan daya tahan agar graduan bukan sahaja memiliki pengetahuan akademik, tetapi juga kemahiran serta keyakinan untuk menceburi bidang perniagaan dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.
Dengan sokongan staf yang dedikasi, jaringan kerjasama industri yang kukuh serta semangat pelajar yang tinggi, CGEE terus menjadi peneraju dalam usaha memperkasakan graduan agar lebih bersedia menghadapi masa depan, berdaya saing di peringkat global dan bertanggungjawab kepada masyarakat. Kami yakin setiap graduan memiliki potensi yang unik, dan menjadi tanggungjawab kami untuk membimbing, menginspirasi serta menyediakan platform terbaik bagi mereka menyerlah.
Bersama-sama, marilah kita membentuk generasi graduan yang berkebolehpasaran, berdaya keusahawanan dan mampu mencorakkan masa depan yang lebih gemilang untuk diri sendiri serta masyarakat.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum and warm greetings,
It is my great pleasure to welcome you to the Centre for Graduate Employability & Entrepreneurship (CGEE). In line with the mission of Universiti Malaysia Perlis to nurture holistic, entrepreneurial and balanced graduates, CGEE plays a vital role in preparing our students to meet the demands of a rapidly evolving job market and to inspire them to become job creators rather than solely job seekers.
Our centre is committed to strengthening graduate employability through strategic initiatives, industry collaborations, and impactful career development programmes. At the same time, we place strong emphasis on cultivating entrepreneurial mindsets, innovation, and resilience so that our graduates are equipped not only with academic knowledge but also with the skills and confidence to venture into business and contribute to the nation’s socio-economic growth.
With the support of dedicated staff, strong partnerships with industries, and the enthusiasm of our students, CGEE continues to champion initiatives that empower our graduates to be future-ready, globally competitive, and socially responsible. We believe that every graduate has unique potential, and it is our responsibility to guide, inspire, and provide the right platforms for them to shine.
Together, let us build a generation of graduates who are employable, entrepreneurial, and capable of shaping a better future for themselves and the community.
Thank you.
“Future-Ready. Globally Competitive.”